Mutiara Kata
Assalamualikum warahmatullah, Syukur kehadrat illahi kerana diberikan kesempatan dan sedikit pengetahuan untuk menggunakan kemudahan information technologi, adalah lebih baik jika ia memberi sedikit sebanyak manafaat untuk kita semua, mari lah sama-sama berkonsi sedikit ilmu yang kita ketahui, moga-moga bertambah lagi pengetahuan kita, dan moga-moga kita akan diberikan hidayah oleh ALLAH S.W.T
Saya terlalu hina dan terlalu kerdil sekali untuk sama -sama berkongsi pengetahuan dalam teknologi terkini ..sekian terima kasih . SELAMAT MEMBACA ..
Thursday, November 10, 2011
Movie " KLIP 3G"
Asalamualaikum semua sabahatku...
Kali ini aku nk berkongsi dengan korang semua lah .. korang mesti tahu 3gp kan... mesti semua orang pikir video hp kan.. kadang2 ramai salah gunakan nya.. aku pon tak sangka ade jugak movie mcm tu nie... agak menarik jugak movie nie.. tetapi byk citer masyarakat terkini.. bagi aku citer nie ok aje kot.. sekurangnya2 kita hidup di muka bumi , sekiranya kita berbuat baik di balas baik , jika kita buat jahat dibalas jahat .... dan jgn sesekali ambik kesempatan atas tiap2 kesusahana orang lain...
KLIP 3GP 2 minute Movie Trailer
Sinopsis Klip 3G
Eddie mengecapi kejayaan perniagaan internetnya pada usia seawal 20-an. Jejaka yang memiliki segala-galanya ini – tampan, hidup mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang tapi tiada sesiapa menduga bahawa dia sebenarnya meraih keuntungan melalui perniagaan membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi melalui internet.Maya Akhtar, seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka. Lebih mengejutkan, isteri Sunny, Rita turut bersekongkol. Inilah cara mereka membuat duit dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mereka kemudiannya.Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu menjadi satu peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan.Sandra adalah seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri. Suatu hari, Sandra telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motorsikal yang dianggotai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Kejadian perkosaan itu telah dirakamkan oleh geng itu melalui kamera telefon bimbit Jefri.
Kehidupan watak-watak yang berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat melalui internet dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment